Melunas Rindu

TUGASAN NOVEL:
MELUNAS RINDU OLEH HARTINI HAMZAH
NOVEL BAHARU
TINGKATAN EMPAT (4)

DIHASILKAN OLEH
PELAJAR-PELAJAR 4 MAKMUR 2010
DIEDIT OLEH
PUAN DANIELLE FOONG CHAI YEN

MELUNAS RINDU OLEH HARTINI HAMZAH
NOVEL TINGKATAN EMPAT (4)
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan 5 perwatakan watak utama.
[15 markah]

RANGKA KOMSAS
1) Fakta: Seorang yang tabah menghadapi dugaan hidup
Huraian: Kita sentiasa perlu tabah menghadapi dugaan hidup dan menerima kenyataan hidup supaya kita sentiasa kuat dan tidak akan cepat putus asa
Contoh:Fuad tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah
2) Fakta: Seorang yang taat pada perintah agama
Huraian: Seharusnya kita perlu taat mengerjakan suruhan agama hal ini kerana,agar kita tidak terpesong dari jalan yang benar
Contoh: Walaupun Fuad seorang yang sentiasa sibuk,dia tetap tidak lupa untuk mengerjakan ibadat.dia berhenti di masjid untuk menunaikan solat semasa dalam perjalanan ke kuatan.
3) Fakta: Seorang yang patuh kepada orang tua dan baik budinya
Huraian: Kita perlu menghormati orang tua kita kerana mereka lebih mengetahui tentang hidup daripada kita,kita patut mendengar ap mereka cakap dan patuh kepada mereka.
Contoh: Dia selalu mendapatkan pandangan Pak ismail dan Mak salmah sebelum membuat sebarang tindakan

4) Fakta: Seorang yang bertanggungjawab dalam menjalankan tugas sebagai pendidik
Huraian:Kita patut bertanggungjawab menjalankan kerja kita supaya sikap ini boleh ditanamkan kepada semua individu.
Contoh:Dia memberikan buah fikirannya kepada farhana dan sanggup pulang lewat untuk mengajar pelajarnya
5) Fakta: Seorang yang gigih berusaha menawan hati ibu angkatnya
Huraian:
Contoh: Fuad cuba mengembirakan hati mak salmah dengan membawa farhana pulang ke rumah.Dia beharap agar usahanya itu dapat mengubati kesunyian dan perasaan rindu mak salmah terhadap sofia.

ESEI KOMSAS
Novel yang saja kaji ialah novel Melunas Rindu oleh Hartini Hamzah. Watak utama bermaksud watak yang dominan dalam sesebuah karya. Watak ini terlibat secara aktif dan berterusan serta menjadi struktur utama dalam perkembangan plot. Kebiasannya, watak utama terdiri daripada watak penting dan hadir dari awal seingga akhir cerita.
Watak utama juga selalunya mendapat perhatian dan perlukisan watak yang lebih daripada pengarang. Hal ini sesuai dengan peranan yang diberikannya. Watak ini juga terlibat dalam pelbagai konflik dan pertikaian. Watak utama turut disebut sebagai watak protagonis dan di dalam novel kajian ini watak utamanya ialah Fuad.
Watak Fuad digambarkan oleh pengarang sebagai seorang anak muda yang kacak, tubuhnya tinggi, berdarah kacukan Cina dan Melayu, iaitu ayahnya berketurunan Cina dan emaknya pula berketurunan Melayu. Selain itu, Fuad memiliki kelulusan Ijazah Pentadbiran Perniagaan dari universiti ternama di Amerika Syarikat. Fuad bekerja sebagai guru sementara yang mengajarkan Bahasa Inggeris di Sekolah Menengah Seri Setia.
Fuad seorang yang dedikasi. Watak utama amat dedikasi terhadap tugasnya sebagai guru, contohnya dia tidak pernah ponteng kelas dan sanggup pulang lewat untuk membimbing anak-anak muridnya yang lemah dalam mata pelajaran Bahasa Inggeris.
Selain itu, Fuad ialah seorang yang taat akan perintah agama. Watak utama ini tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam perjalanan jauh atau sebagai musafir dia menunaikan solat qasar. Sebagai contohnya, Fuad berhenti di sebuah masjid untuk menunaikan solat qasar ketika dia dan Farhana dalam perjalanan ke Kuantan.
Di samping itu, Fuad ialah seorang anak muda yang tabah menghadapi cabaran hidup yang penuh dengan liku dan dia tidak pernah mengesali nasibnya itu, contohnya dia tabah menghadapi hidupnya tanpa ibu dan bapa di sisinya. Dia cuma menumpang kasih sayang daripada bapa dan ibu saudaranya iaitu Patrik Lim dan Swee Lan. Selain itu, dia juga menumpang kasih sayang daripada keluarga angkatnya iaitu Pak Ismail dan Mak Salmah. Bukti lain ialah dia tabah menghadapi kenyataan bahawa Farhana ialah adik kandungnya sendiri yang berlainan bapa.
Selanjutnya, Fuad juga digambarkan sebagai seorang yang penyayang, contohnya dia sayang akan apaknya dan juga adik-adik sepupunya. Buktinya dia sanggup memberikan wang dan menanggung persekolahan Ah Soh yang sedang belajar di tingkatan enam atas.
Kelimanya, Fuad turut digambarkan sebagai orang yang suka menolong orang lain. Sebagai contohnya, dia membantu Farhana untuk menjaga ibunya yang sakit di hospital dan mengambil berat akan adik-adik Farhana.
Selain itu, Fuad seorang yang murah hati dalam menghulurkan sebarang bantuan, contohnya dia dengan murah hati membayar bil rawatan anak rakannya, iaitu Borhan yang demam panas. Di samping itu, Fuad juga murah hati dengan membelikan Pak Ismail sebuah motosikal untuk kegunaannya seharian. Fuad juga murah hati dengan memberi jagung yang ditanamnya sendiri kepada Farhana dan guru-guru di sekolahnya.
Akhirnya, Fuad digambarkan sebagai seorang yang menghormati orang lain, contohnya dia menghormati Pak Ismail dengan Mak Salmah dan tidak pernah meninggikan suaranya ketika berbicara. Contoh yang lain ialah dia menghormati Cikgu Zamani dengan memenuhi jemputan untuk makan malam di rumahnya.

MELUNAS RINDU OLEH HARTINI HAMZAH
NOVEL TINGKATAN EMPAT (4)
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan 5 latar tempat.
[15 markah]
RANGKA KOMSAS
F1: Danau Seberang
H1: Tempat tinggal Fuad bersama dengan keluarga angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail
C1: Muka surat 9 “setelah lebih setahun dia kembali semula ke Danau Seberang”.

F2 : Pantai Batu Buruk
H2: Fuad mengambil angin dan teringat akan masa silamnya
C2: Muka surat 15 “ ditinggalkannya Pantai Batu Buruk”.

F3: Sekolah Menengah Seri Setia
H3: Tempat Fuad, Farhana, Cikgu Abas dan Cikgu Zamani bertugas sebagai guru
C3: Muka surat 32 “membelah jalan raya menuju ke Sekolah Menengah Seri Setia”.

F4: Restoran Terapung di Taman Syahbandar
H4: Tempat Fuad mengajak Farhana makan untuk meraikan hari lahir Farhana.
C4:Muka surat 128 “sebelum menyinggahi Restoran Terapung di Taman Syahbandar”.

F5: Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan
H5: Tempat ibu Farhana dirawat kerana panyakit lelah
C5: Muka surat 172 “menjelang pukul enam petang Fuad tiba di perkarangan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan”.

ESEI KOMSAS

Novel yang saya kaji ialah Novel Melunas Rindu oleh Hartini Hamzah. Latar tempat bermaksud tempat berlakunya peristiwa dalam sesebuah cerita.
Latar tempat yang pertama ialah Danau Seberang. Danau Seberang iaitu tempat tinggal Fuad bersama-sama dengan keluarga angkatnya, Mak Salmah dan Pak Ismail. Sebagai contohnya, petikan ini dipetik daripada Novel Melunas Rindu;
“setelah lebih setahun dia kembali semula ke Danau Seberang”.
m.s 9, Melunas Rindu
Latar tempat kedua ialah Pantai Batu Buruk. Pantai Batu Buruk iaitu tempat Fuad mengambil angin dan teringat akan kisah silamnya. Sebagai contoh, petikan ini dipetik daripada Novel Melunas Rindu ;
“ ditinggalkannya Pantai Batu Buruk”.
m.s. 15, Melunas Rindu
Latar tempat ketiga ialah Sekolah Menengah Seri Setia. Sekolah Menengah Seri Setia iaitu tempat dimana Fuad, Farhana, Cikgu Abas dan Cikgu Zamani bertugas sebagai guru. Sebagai contohnya, petikan ini dipetik daripada Novel Melunas Rindu;
“membelah jalan raya menuju ke Sekolah Menengah Seri Setia”.

m.s. 32, Melunas Rindu
Latar tempat keempat ialah Restoran Terapung Di Taman Syahbandar. Restoran Terapung di Taman Syahbandar iaitu tempat Fuad mengajak Farhana makan untuk meraikan hari lahir Farhana. Sebagai contohnya dipetik daripada Novel Melunas Rindu;
“sebelum menyinggahi Restoran Terapung di Taman Syahbandar”.
m.s. 128, Melunas Rindu

Latar tempat yang kelima ialah Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan. Hospital Tengku Ampuan Afzan,Kuantan ialah tempat ibu Farhana dirawat kerana panyakit lelah. Sebagai contoh daripada Novel Melunas Rindu;
“menjelang pukul enam petang Fuad tiba di perkarangan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Kuantan”.
m.s. 172, Melunas Rindu

AHLI-AHLI KUMPULAN:
CHRISTINE ZAINUIN JACKSON
RUVINA INDRAN
SITI HAJAR KAMARIAH BT MOHD.HUSIN

MELUNAS RINDU OLEH HARTINI HAMZAH
NOVEL TINGKATAN EMPAT (4)
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan plot perkembangan.
(15 markah)

- Fuad menerima tawaran untuk menjadi guru sandaran.

- Berkenalan dengan Farhana, Ketua Panitia Bahasa Inggeris.

- Konflik mula berlaku apabila Chin hadir di sekolahnya untuk menanyakan khabarnya.

- Fuad mula rindu akan ibunya dan berazam mahu mencari pusara ibunya.

- Pembaca akan tertanya – tanya (unsur saspens) tentang pencarian Fuad. Dapatkah Fuad mencari ibu kandungnya?

By :

Malek Faisal
AfhamFaiz
Muhammad Amirul

ESEI KOMSAS

Fuad menerima tawaran Cikgu Abas untuk menjadi guru sandaran di Sekolah Menengah Seri Setia. Fuad diperkenalkan kepada Farhana yang menjadi Ketua Panitia Bahasa Inggeris. Pada awalnya, Farhana agak gementar berhadapan dengan Fuad yang mempunyai pendidikan dari Amerika walaupun dia sendiri belajar di England. Hubungan mereka semakin baik kerana mereka saling berkerjasama dalam meningkatkan prestasi bahasa Inggeris pelajar sekolah tersebut. Fuad agak kekok berbual dengan Cikgu Zamani.

Kedatangan Chin ke sekolah merubah pendiriannya.Fuad mula rinduakan ibunya. Pak Ismail menasihati Fuad agar tidak melupakan orang tuanya. Fuad berazam mahu mencari pusara ibunya. Fuad terserempak dengan Farhana yang mundar madir untuk mendapatkan tiket pulang bercuti di Kuantan ketika membeli cenderamata untuk keluarga bapa saudaranya di Sungai Ruan.Farhana tiadak dapat menolak pelawaan Fuad dan Fuad menceritakan tentang latar belakang keluarganya.

Farhana agak terkejut kerana cerita yang didengarinya agak berbeza. Fuad agak terkejut kerana setelah setahun meninggalkan keluarganya, Peter Lim jatuh sakit kerana merinduinya, fuad berjanji akan membantu mamanya iaitu Swe Lan dalam menyekolahkan adik – adik sepupunya itu. Fuad menceritakan tujuannya pulang iaitu untuk mencari pusara ibunya daripada Peter Lim dan Swee Lan.

Seterusnya, Fuad ke Lembah Klau bersama dengan Pak Said yang sudi menemaninya. Fuad bertemu Pak Ngah Lias iaitu jiran datuknya.Namun, Pusara ibunya tiada di kampong tersebut kerana Mariana iaitu ibunya tinggal bersamadengan Mariah di Kampung Sedili. Fuad akhirnya dapat mengetahui nama asalnya iaitu Abdul Halim dan bapanya bernama Roslan. Mereka seterusnya ke Kampung Sedili, tempat tinggal ibu saudara Fuad.

Malangnya, Mariah telah berpindah. Namun, ada satu harapan baru apabila Pak Samsudin menyatakan Mariani mungkin masih hidup kerana pusaranya tiada di kampong itu. Fuad menaruh harapan untuk mencari ibu kandungnya. Fuad menyambut hari jadi Farhana dengan mengajak Farhana keluar makan. Farhana diperkenalkan kepada ibu bapa angkatnya. CIkgu Zamani berprasangka buruk terhadap Farhana.

Farhana dan Cikgu Zamani berselisih pendapat kerana Farhana tidak berpuas hati dengan Cikgu Zamani yang tidak masuk kelas menyebabkan pembelajaran terganggu. Fuad yang tidak tahan mendengar pergaduhan mereka Berjaya meleraikannya. Fuad berasa susah hati memikirkan Farhana apatah lagi mendapat berita Ibu Farhana jatuh sakit. Fuad bergegas ke Kuantan untuk menemui Farhana dan melawat ibu Farhana. Dia akan berterus – terang dengan Farhana tentang perasaannya dan ingin mengambil Farhana sebagai isterinya. Fuad berasa cemburu melihat hubungan Farhana dengan ibunya dan dalam diam berharap ibu Farhana akan menjadi ibunya.

MELUNAS RINDU OLEH HARTINI HAMZAH
NOVEL TINGKATAN EMPAT (4)

Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan plot klimaks.
(15 markah)

ESEI KOMSAS

Fuad terpandang fail pesakit milik ibu Farhana ketika Farhana lena di sisi ibunya. Fuad terperanjat apabila nama ibunya sama dengan nama ibu Farhana. Ciri hidung mereka juga sama menjadikan Fuad makin tidak keruan. Semasa berbincang dengan Farhana, Robert Lim tiba di hospital bersama-sama dengan Pak Mail dan Chin. Setelah Farhana menyatakan ibu saudaranya bernama Mariah binti Osman menyebabkan Fuad dan Farhana tidak dapat menahan perasaan masing-masing. Fuad memujuk Farhana dan meminta Farhana bersabar. Robert Lim mengesahkan Mariana. Fuad yang melihat keadaan itu menyedari di hadapannya kini ialah ibu kandungnya yang di carinya selama ini dan Farhana yang dicintainya merupakan adik kandungnya. Fuad sedar Farhana seolah-olah pengganti adiknya yang telah meninggal dunia iaitu Sofia. Fuad dan Farhana terpaksa menerima hakikat bahawa mereka bersaudara.

Sekian,
Disediakan oleh
Kumpulan Spectacles.

MELUNAS RINDU OLEH HARTINI HAMZAH
NOVEL TINGKATAN EMPAT (4)
Berdasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan 5 gaya bahasa.
[15 markah]

Nama- nama Ahli Kumpulan :

1. Hanna Hareeza Hanafiah
2. Zulaihah Ibrahim
3. Mohd Khairul Anwar Rizalman
ESEI KOMSAS
Novel yang telah saya kaji ialah novel Melunas Rindu karya Hartini Hamzah. Gaya bahasa ialah penggunaan bahasa yang digunakan oleh pengarang dalam karyanya. Gaya bahasa amat penting dalam sesebuah karya kreatif. Pengarang akan menggunakan kehebatan berbahasa sebaik mungkin untuk menambat hati pembaca agar berterusan membaca novel ini hingga ke titik akhir .
Gaya bahasa dalam novel Melunas Rindu yang pertama ialah personifikasi . Personifikasi bermaksud memberikan sifat-sifat kemanusiaan kepada benda hidup selain manusia atau benda bukan hidup . Contohnya ialah frasa
“Kedatangan petang itu bukanlah dengan apa-apa tujuan yang mendesak sekadar memenuhi keinginan untuk merasa alam” pada halaman 10 , “ Keharuan yang serta merta menerpa benaknya” pada halaman 30 dan frasa “Mereka saling mengangguk sambil melemparkan sejuring senyuman” pada halaman 37.
Seterusnya ialah metafora . Metafora ialah membandingkan secara tidak langsung atau kiasan atau perbandingan yang mempunyai dua perkataan, satu perkataan menunjukkan unsur konkrit dan satu perkataan lagi menunjukkan unsur abstrak. Contohnya dalam frasa “Secalit keriangan yang membungai hatinya” pada halaman 31 , “ Cikgu Abas telah berjaya meruntuhkan benteng resahnya” pada halaman 35, dan “kekagumannya menimbun” pada halaman 52 .
Selain itu , gaya bahasa hiperbola juga digunakan dalam penulisan novel ini . Hiperbola ialah kata-kata yang membawa pernyataan berlebih-lebihan daripada keadaan biasa. Sebagai contoh . “…kontras sekali dengan hatinya yang masih mahu berpelangi “ pada halaman 10 , “….dia membiarkan dirinya hidup dalam ilusi “ pada halaman 14 dan “tengah hari esoknya dalam mesyuarat guru,berapi-apilah kemarahnnya Cikgu Abas letuskan “pada halaman 121.
Gaya bahasa simile bermaksud perbandingan atau kiasan secara langsung yang bersendi laksana,seperti,umpama,bak dan sebagainya. Simile turut digunakan oleh pengarang dalam novel ini seperti frasa “seperti ada sesuatu yang menyekat kerongkongnya..” pada halaman 16, “..seperti hilang kata-kata setelah dipintas begitu.” pada halaman 38 , dan frasa “ Ibarat layang-layang terputus tali,di mana dia tersadai, di situ la dia menumpang kasih.” Pada halaman 61 dan 62 .
Akhir sekali ialah penggunaan gaya bahasa sinkof. Sinkof bermaksud penggunaan kata-kata singkatan. Sebagai contoh penggunaan kata “tu”, “dah” dan “ni”. Kita boleh perhatikan penggunaanya pada frasa “Tanah siapa tu sebenarnya?” dan frasa “ Eh, bagus tu! Jagung pun dah naik harga sekarang ni,”balas Abas” masing-masing pada halaman 17 dan 26 dalam novel Melunas Rindu.

MELUNAS RINDU OLEH HARTINI HAMZAH
NOVEL TINGKATAN EMPAT (4)
Berdasarkan novel yg telah anda kali, huraikan 5 nilai.
[15 markah]

1. Fakta : Kasih Sayang
Huraian: Kasih sayang menunjukkan perasaan cinta kepada orang lain.
Contoh: Kasih sayang yang wujud antara Fuad dengan keluarga ibu dan bapa saudaranya walaupun mereka berbeza agama.. (m/s 82-94)

2. Fakta : Tabah
Huraian: Tabah menunjukkan perasaan tidak berputus asa walaupun di landa pelbagai cabaran dan dugaan dalam kehidupan.
Contoh: Fuad tabah menghadapo dugaan dan menerima hakikat bahawa Farhana adalah adik kandungnya dengan hati terbuka. (m/s 180)

3 Fakta : Taat
Huraian: Setiap umat Islam wajid menjalankan segala perintah Allah.
Contoh: Sebagai saudara baru, Fuad taat menjalankan perintah Tuhan dan mengamalkan amalan berlandaskan Islam dalam hidupnya.
(m/s 4-5)
4 Fakta : Berani
Huraian: Berani seperti menegakkan keadilan
Contoh: Farhana berani menegur keculasan Cikgu Zamani walaupun Cikgu Zamani lebih tua dan lebih berpengalaman daripadanya.
(m/s 162-163)

5 Fakta : Berjimat-cermat
Huraian: Berjimat-cermat seperti tidak membazir kan sesuatu yang lebih kepada perkara yg tidak berfaedah.
Contoh: Ketika melanjut pelajarannya di London. Farhana berjimat cermat bagi memastikan wang biasiswa cukup untuk menampung perbelanjaannya disana. (m/s : 95-96)

ESEI KOMSAS

Novel yang saya kaji ialah Melunas Rindu daripada Hartini Hamzah. Nilai ialah sifat-sifat murni yang ada di dalam sebuah penceritaan.

Nilai yang pertama ialah kasih sayang. Kasih sayang menunjukkan perasaan cinta kepada orang lain. Sebagai contohnya, Fuad sangat menyayangi ibu bapa saudaranya walaupun mereka berlainan agama. Sikap kasih sayang Fuad dapat dilihat dengan jelas apabila Fuad sendiri yang menawarkan diri untuk membiayai pembelanjaan keluarga angkatnya.

Nilai yang kedua ialah tabah. Tabah dalam menghadapi perintah orang tua dan agama. Sebagai contoh, Fuad akan berasa tidak senang hati jika dia tertinggal solat walaupun satu waktu daripada solat fardhunya.

Nilai yang ketiga ialah berani. Kita haruslah berani untuk menentang benda yang tidak benar atau betul. Sebagai contoh, Farhana berani menegur Cikgu Zamani yang lebih tua dan berpengalaman daripadanya.

Nilai yang keempat ialah berjimat cermat. Dalam kehidupan seharian hendaklah berjimat cermat agar tidak membazir kepada sesuatu yang tidak berfaedah. Sebagai contohnya, ketika melanjut pelajarannya di London, Farhana berjimat cermat bagi memastikan wang biasiswa cukup untuk menampung perbelanjaannya di sana.

ahhli Kumpulan : Umi Kalthum Bt. Abdul Mutalib
: Daeng Mohamad Edham B. Mokhtar
: Norfazilah Bt. Kallam
: Siti Nurathirah Bt. Mohamad Zabir

MELUNAS RINDU OLEH HARTINI HAMZAH
NOVEL TINGKATAN EMPAT (4)
Bedasarkan novel yang telah anda kaji, huraikan 5 pengajaran.
[15 Markah]
1. Fakta: Kita mestilah rajin dan ikhlas mengerjakan suruhan Tuhan.

Contoh: Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam musafir dan rajin membaca Al-Quran. Fuad juga rajin solat berjemaah. Fuad juga tidak lupa melaksanakan ibadat walaupun berada di rumah bapa saudaranya yang berbangsa Cina.

Huraian: “Oh ya, petang ini saya nak ke surau, selepas isyak baru saya balik. Mama jangan gaduh-gaduhlah,” pesannya sementara teringat. (Halaman 94)

2. Fakta: Kita mestilah menghormati orang yang membesarkan kita.

Contoh: Fuad menghormati Peter Lim yang telah membesarkannya dengan menjaganya dengan baik sewaktu Peter Lim sakit dan menghormati Swee Lan yang dianggap seperti ibunya sendiri. Fuad menyesal kerana tidak meninggalkan alamatnya semasa dia tinggal di Danau Seberang dan tidak mengetahui Peter Lim sakit kerana terlalu merinduinya.

Huraian: Sebentar tadi hampir benar dia bertanya, mengapa tidak diberitahu keadaan apaknya itu kepadanya. Mujurlah sempat dia kawal kerana pertanyaan itu akan memerangkapnya. Di mana mereka boleh menghubungi, sedangkan alamat tempat tinggalnya tidak pernah dikirimnya? “Apak…” Fuad mula diserbu emosi. Keuzuran apaknya benar-benar di luar sangkaannya. Dia dihimpit perasaan bersalah. (Halaman 86)

3. Fakta: Kita hendaklah mengamalkan semngat kerjasama dalam pasukan.

Contoh: Farhana dan Fuad berusaha keras dalam Panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan pelajar berjaya dalam subjek yang agak sukar itu. Mereka sering berbincang untuk meningkatkan prestasi pelajar.

Huraian: “ Ini ha… Saya ada mesyuarat tengah hari ni dan kena bentangkan berberapa program sebagai lanjutan daripada program yang sedia ada. Saya dah siap sebahagian. Itulah nak tanya awak, mana tahu awak ada idea nak tambah.” Jelasnya sambil menghulurkan kertas yang penuh dengan tulisan tangannya, berbelang hitam dan merah.

4. Fakta: Kita mestilah menerima takdir yang telah ditentukan.

Contoh: Fuad dan Farhana mula dapat menerima bahawa mereka adalah adik-beradik dalam tempoh yang agak singkat. Fuad redha kerana akhirnya dia dapat pengganti Sofia yang telah meninggal dunia dan ibu yang dirindui selama ini telah ditemui. Farhana pula atas dorongan dan sokongan Fuad akhirnya reda bahawa mereka bersaudara.

Huraian: “Ginilah Ana.Pertama sekali, kita perlu tenangkan fikiran. Gunakan segala kematangan dan kebijaksanaan yang kita ada untuk menerima apa sahaja takdir untuk kita . Kita semua ni makhluk Allah.Ingat,Allah menurunkan dugaan kepada hamba yang dikasihi-Nya.

5. Fakta: Kita mestilah berusaha untuk memperoleh sesuatu yang diinginkan.

Contoh:Fuad berusaha untuk mencari ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia.Fuad juga berusaha mengambil hati Mak Salmah dengan harapan Mak Salmah akan memanfaatkannya satu hari nanti.

Huraian: “Saya percaya,emak tentu ada saudara mara.Tak saudara dekat

ESEI KOMSAS
Novel yang saya kaji ialah novel Melunas Rindu oleh Hartini Hamzah .Pengajaran bermaksud mesej yang ingin disampaikan oleh pengarang dalam karyanya.
Pengajaran pertama dalam novel Melunas Rindu ialah kita mestilah rajin dan ikhlas mengerjakan suruhan tuhan. Sebagai contohnya, Fuad tidak pernah meninggalkan solat walaupun dalam musafir dan rajin membaca Al-Quran. Fuad juga juga rajin solat berjemaah.Fuad juga tidak lupa melaksanakan ibadat walaupun berada di rumah bapa saudaranya yang berbangsa cina.
Pengajaran yang kedua dalam novel Melunas Rindu ialah kita mestilah menghormati orang yang membesarkan kita.Sebagai contohnya, Fuad menghormati Peter Lim yang telah membesarkannya dengan menjaganya dengan baik sewaktu Peter Lim sakit dan menghormati Swee Lan yang dianggap seperti ibunya sendiri.Fuad menyesal kerana tidak meninggalkan alamatnya semasa dia tinggal di Danau Seberang dan tidak mengetahui Peter Lim sakit kerana terlalu merinduinya.
Pengajaran yang ketiga ialah kita hendaklah mengamalkan semangat kerjasama dalam berpasukan.Sebagai contohnya, Farhana dan Fuad berusaha keras dalam panitia Bahasa Inggeris untuk memastikan pelajar berjaya dalam subjek yang sukar itu.Mereka sering berbincang meningkatkan prestasi pelajar.
Pengajaran yang keempat ialah kita mestilah menerima takdir yang telah ditentukan. Sebagai contohnya, Fuad dan Farhana mula dapat menerima bahawa mereka adalah adik beradik dalam tempoh yang agak singkat.Fuad reda kerana akhirnya dia mendapat pengganti Sofea yang telah meninggal dunia dan ibu yang dirindui selama ini telah ditemui.Farhana pula atas dorongan dan sokongan Fuad akhirnya reda bahawa mereka bersaudara.
Pengajaran yang kelima ialah kita mestilah berusaha untuk memperoleh sesuatu yang diinginkan.Sebagai contohnya, Fuad berusaha mencari ibu kandungnya yang disangka telah meninggal dunia. Fuad juga berusaha mengambil hati Mak Salmah dengan harapan Mak Salmah dengan harapan Mak Salmah akan memaafkannya satu hari nanti.

This entry was posted in Novel Melunas Rindu. Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s