Ringkasan (PMR)

Bahagian A (i) : Ringkasan

Kelas : 3 Makmur/2010

Ke Arah PMR 4: Ancaman Terhadap Penyu Yang Kian Pupus

Antara ancaman terhadap penyu yang kian pupus ialah haiwan pemangsa akan menggali telur penyu yang ditanam di bawah tanah. Di samping itu, penularan wabak penyakit di sesuatu kawasan boleh membunuh penyu. Selanjutnya, perubahan suhu boleh menyebabkan ketidakseimbangan jantina penyu. Selain itu, kegiatan memungut telur dan menangkap anak penyu untuk diawet juga merupakan ancaman kepupusan penyu.Seterusnya, cahaya buatan manusia pada waktu malam menjadikan anak penyu kehilangan arah ketika menuju ke gigi air. Akhirnya, pencemaran laut akan membunuh hidupan laut.
(80 patah perkataan)

Ahli kumpulan :
1) Nurfateen Helmy Abdellah
2) Nur Hannani Ayob
3) Felicity Marcia Fibian
4) Nurul Insyirah
5) Sharifah Alia

Ke Arah PMR 4: Ancaman Terhadap Penyu Yang Kian Pupus

Antara ancaman terhadap penyu yang kian pupus ialah ancaman semula jadi daripada haiwan pemangsa yang menggali dan memakan telur punyu di pantai. Di samping itu, wabak penyakit juga boleh membunuh penyu secara menyeluruh. Selanjutnya, hakisan yang terjadi di pantai menguranagkan tempat penyu bertelur. Selain itu, kegiatan memungut dan menjual telur penyu untuk diawet turut mengancam kepupusan penyu. Seterusnya, penggunaan pukat hanyut dan pukat tunda juga menyebabkan banyak penyu terpenrangkap pada pukat. Akhirnya, pencemaran laut banyak membunuh hidupan penyu di dunia.
(80 patah perkataan)

Dihasilkan oleh:
1.Husni Rasyidin
2.Mohd Shazril Laime
3.Rafliz Rizal Roger
4.Amirul Ridzwan
5. Mohd Afiq

Ke Arah PMR 5 : Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pencemaran Udara

Antara faktor yang menyebabkan pencemaran udara ialah aktiviti pembakaran terbuka semakin berleluasa . Di samping itu , peningkatan penggunaan kenderaan bermotor menambahkan pencemaran udara . Selanjutnya asap tebal yang dibebaskan dari kilang juga menjadi salah satu faktor utama pencemaran udara . Selain itu , pembalakan yang tidak terkawal juga penyumbang pencemaran udara . Seterusnya , hutan yang terbakar secara semula jadi juga meningkatkan peratusan pencemaran udara . Dari aspek lain pula , gunung berapi yang meletus menjadikan udara kita semakin tercemar . Akhirnya , asap daripada rokok mengurangkan kualiti udara kita .

( 80 patah perkataan )

AHLI KUMPULAN : -
- Asyraaf Ariffian
- Mohd. Nur Izman Rayman
- Idzni Dzakiyy Mohammad
- Mohd. Izzan Azhar
- Mohd Sairul Izzad Saidi

Ke Arah PMR 5 : Faktor-Faktor Yang Menyebabkan Pencemaran Udara

Antara faktor yang menyebabkan pencemaran udara ialah pertambahan bilangan kenderaan yang semakin banyak. Di samping itu, asap daripada perbuatan merokok juga menyumbang pencemaran udara. Senada dengan itu, asap tebal dari kilang perindustrian juga menjejaskan kualiti udara. Selanjutnya, bahan pencemaran yang dikeluarkan oleh letusan gunung berapi juga merupakan factor pencemaran udara.Seterusnya, kejadian petir menyebabkan kebakaran semula jadi dikawasan hutan dapat menambahkan pencemaran udara. Akhir sekali, pencemaran udara juga berpunca daripada hempasan air laut yang menghasilkan bahan pencemaran yang bersifat air.

(81 patahperkataan)

Dihasilkanoleh:
1. Jesse Perrin Jenarun
2. Yu Jia Cheng
3. Mohd. Safrie
4. Nigelvan

Ke Arah PMR 6: Peranan Media Dalam Proses Pemodenan Negara

Antara peranan media dalam proses pemodenan negara ialah elemen penggerak bagi mencapai matlamat negara. Di samping itu, media juga berperanan melaporkan peristiwa yang berlaku terhadap masyarakat dunia. Selain itu, saluran media membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan proses pembangunan. Selanjutnya, pihak media memberikan sumbangan dan membantu menghapuskan kemiskinan. Seterusnya, media dapat mengumpulkan dana untuk meringankan beban golongan kurang bernasib baik. Keenamnya, pihak media berperanan untuk menjadi saluran suara masyarakat. Akhirnya, media berperanan mendidik masyarakat tidak melupakan golongan tidak berkemampuan.
( 80 patah perkataan)
Nama kumpulan
Marrychell Mathilda
Melvin Ling
O’nell Abraham
Mohd. Asyraf Rafdin

KE ARAH PMR 6: Peranan Media dalam Proses Pemodenan Negara

Antara peranan media dalam proses pemodenan negara ialah sebagai elemen penggerak bagi mencapai matlamat negara. Selain itu, media berperanan untuk melaporkan hal dari semasa ke semasa. Di samping itu, media massa juga menjadi cermin dan saluran suara kepada masayarakat. Seterusnya, media dapat membangkitkan kesedaran masyarakat tentang pembangunan negara. Kemudiannya, media membantu merealisasikan impian negara untuk menghapuskan kemiskinan. Akhirnya, media mendidik golongan berada agar tidak mementingkan diri sendiri dan membantu golongan yang tidak berkemampuan.

(72 patah perkataan)

Ahli Kumpulan:
1) Fatinie Shamimie Ismail
2) Nurul Azureen Awg. Noor
3) Nabila Husna Ghazali
4) Nurul Athirah Abdul Rahim

Ke Arah PMR 7:Kepentingan Komik Sebagai Bahan Pembelajaran

Antara kepentingan komik sebagai bahan pembelajaran ialah komik mempunyai pengaruh yang kuat dalam menggalakkan budaya minat membaca dalam kalangaan kanak-kanak.Di samping itu,kandungannya dapat memenuhi cita rasa mereka berbanding dengan buku-buku pelajaran.Selanjutnya,komik mampu menarik minat kanak-kanak untuk bersantai.Daya kreativiti kanak-kanak dapat juga dipupuk melalui bahan pembelajaran ini.Selain itu,nilai-nilai murni yang digambarkan melalui komik mudah diterima oleh kanak-kank peringkat rendah.Seterusmya,komik juga dapat mendidik pembaca untuk mencintai dan memartabatkan bahasa.Akhirnya,komik dapat memupuk minat membaca dalam kanak-kanak.

(73 patah perkataan)
Kumpulan W.A.P.S
1. Freteldy Freddy
2. Brain Joel
3. Merald Omel
4. Muhd.Arif Azemi

Ke Arah PMR 7 : Kepentingan Komik Sebagai Bahan Pembelajaran

Antara kepentingan komik sebagai bahan pembelajaran ialah daya tarikan komik lebih efektif kepada kanak-kanak kerana kandungannya dapat memenuhi cita rasa mereka berbanding dengan buku-buku pelajaran. Di samping itu, dialog-dialog yang dimuatkan dalam setiap karakter mampu mencetuskan pembelajaran yang menyeronokkan kepada kanak-kanak. Selanjutnya, komik mampu menarik minat kanak-kanak untuk bersantai dengan buku-buku pelajaran. Selain itu, renungan dan mimik muka karakter-karakter kartun dapat mempercepat proses penerimaan mesej. Seterusnya, daya kreativiti kanak-kanak juga dapat dipupuk melalui bahan pembelajaran ini. Akhirnya, komik turut dijadikan bahan hiburan dan juga humor kepada masyarakat.

(84 patah perkataan)
Nama Ahli Kumpulan : 1 ~ Hanis Syamimi
2 ~ Nur Ayu Syazwani
3 ~ Farah Nur Diana
4 ~ Muhammad Hilmi

Ke Arah PMR 7 : Ciri Pemimpin Yang Berkesan

Antara ciri pemimpin yang berkesan adalah dengan mendukung hasrat yang unggul dan berkewajiban kepada kebenaran,jujur dan berakhlak mulia. Di samping itu, pemimpin negara haruslah memimpin negara secara berkesan pada peringkat antarabangsa. Selanjutnya, para pemimpin harus menguasai kefahaman hidup yang tersitar. Seterusnya, pemimpin juga harus mampu menterjemah keluruhan agama dalam keadaan sebenar. Selain itu, pemimpin harus mampu melahirkan masyarakat yang berpendidikan dan berpengetahuan luas. Akhir sekali, pemimpin perlu berfikiran jauh dalam menegaskan kebenaran dan keadilan.
(75 patah perkataan )

Ahli kumpulan :
-Natasja Iman
-Wan Najihah
-Nurafeefah
-Ella Sharmila

Bahagian A(i): Ringkasan

Kelas: 3 Aman /2010

Ke Arah PMR 4: Ancaman terhadap penyu yang kian pupus

 Antara ancaman terhadap penyu yang kian pupus ialah haiwan pemangsa akan menggali telur yang ditanam di dalam tanah. Selain itu, wabak penyakit akan membunuh penyu secara di sesuatu kawasan secara menyeluruh. Selanjutnya, jantina penyu yang menetaskan ditentukan oleh suhu. Di samping itu, pembangunan di kawasan persisiran pantai akan menyebabkan pencemaran bunyi seterusnya mengancam kawasan penyu bertelur. Seterusnya, cahaya buatan manusia pada waktu malam akan menyebabkan anak penyu sesat dan kehilangan arah ketika menuju ke arah gigi air. Akhirnya, pencemaran laut boleh menyebabkan kepupusan hidupan penyu.

(85 patah perkataan)

Disediakan oleh:

Muhd Hanif

Muhd Khairi Najmi

Muhd Syafiq Irfan

Ershad Zulkarnain

Ke Arah PMR 4: Ancaman Terhadap Penyu Yang Kian Pupus

             Antara ancaman terhadap penyu yang kian pupus ialah haiwan pemangsa akan menggali telur penyu yang ditanam di dalam tanah. Selain itu, haiwan pemangsa lain juga akan mencari peluang untuk menangkap anak penyu yang merangkak ke arah gigi air. Selanjutnya, wabak penyakit boleh membunuh penyu di sesuatu kawasan secara menyeluruh. Di samping itu, hakisan pantai akan mengurangkan tempat untuk penyu bertelur. Seterusnya, perubahan suhu sejagat akan mengancam kewujudan penyu. Akhirnya, pencemaran laut akan membunuh hidupan penyu.

                                                                                                                           (75 patah perkataan)

  1. Puteri Natalea Bte Abd Mumin
  2. Nur Rashidah Binti Suhaimi
  3. Nur Syuhada Binti Ismail
  4. Nurulain Izzati Binti Hj Dilah

 

Ke Arah PMR 5: Faktor Yang Menyebabkan Pencemaran Udara

            Antara faktor yang menyebabkan pencemaran udara ialah pembakaran secara terbuka yang dilakakukan di kawasan pertanian atau tapak pelupusan sampah. Selain itu, bilangan kenderaan yang semakin bertambah juga menyebabkan pencemaran udara. Selanjutnya, pengeluaran asap daripada kenderaan dan asap rokok turut menjadi faktor pencemaran udara. Bukan itu sahaja, pembalakan yang tidak terbatas juga menyebabkan udara tercemar. Di samping itu, hempasan air laut yang kuat di sekitar pinggir pantai akan menghasilkan bahan pencemaran yang bersifat air bergaram. Akhir sekali, punca pencemaran udara yang lain ialah letusan gunung berapi.

                                                                                                                           (85 patah perkataan)

Nama Ahli : 1. Ummi Amirah

                   2. Najwa Nabilla

                   3. Nur Farahin

                   4. Siti Nadiah

Ke Arah PMR 6: Peranan Media dalam Proses Permodenan Negara.

 

          Antara peranan media dalam proses pembangunan negara adalah dengan melaporkan peristiwa yang berlaku dalam masyarakat dunia. Selain itu, media menjadi cermin masyarakat. Media juga merupakan saluran yang penting untuk membangkitkan kesedaran dalam kalangan masyarakat tentang kepentingan proses pembangunan. Selanjutnya, media berperanan memberikan sumbangan dan melenyapkan kemiskinan. Di samping itu, media berperanan mendedahkan kehidupan golongan kurang berkemampuan. Seterusnya, media dapat mengumpulkan dana untuk meringankan beban golongan kurang berkemampuan. Akhirnya, media berperanan sebagai pendidik golongan berada supaya tidak melupakan golongan kurang berkemampuan.

( 79 patah perkataan)

Ahli kumpulan:

  1. Nur Nabilah Johan
  2. Nurul Atiqah Abu Husin
  3. Mizan Adillia Ahmad Fuad
  4. Amani Najiha Jasri
  5.  

 

 

 

 

 

 

 

 

Ke Arah PMR 8 : Kepentingan Komik Sebagai Bahan Pembelajaran

               Antara kepentingan komik sebagai bahan pembelajaran adalah untuk menggalakkan budaya minat membaca dalam kalangan kanak-kanak. Selain itu, komik mencetuskan pembelajaran yang menyeronokkan kepada kanak-kanak. Selanjutnya, komik dapat menarik minat kanak-kanak untuk bersantai dengan buku-buku pelajaran. Di samping itu, proses pengajaran dan pembelajaran akan menjadi lebih mudah dan efisien. Seterusnya, daya kreativiti kanak-kanak dapat dipupuk melalui pembacaan komik. Selanjutnya, kanak-kanak tidak perlu bersusah payah menghafal pepatah dan pantun dengan gaya penghafalan biasa. Akhirnya, komik penting untuk mendidik pembaca untuk memartabatkan bahasa.

 (80 patah perkataan)

Ahli kumpulan:

  1. Amira Mumtaz Iskandar
  2. Al’afreena Syaza Al’afreeddo
  3. Fatin Najiha Alidin
  4. Samirah Ujang
  5. Nur Fara Adneen
This entry was posted in Ringkasan (PMR). Bookmark the permalink.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s